fbpx

Arsenal mula langkah kanan buru kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NKETIAH (tengah) meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan ketika menewaskan Nottingham Forest 2-1 pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji impak yang diberikan oleh Eddie Nketiah selepas diberi peranan selaku penyerang utama pasukan ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Nottingham Forest pada aksi pembukaan Liga Perdana Ingge­ris (EPL) kelmarin.

Pada perlawanan di Stadium Emirates itu, skuad The Gunners meraih gol menerusi ledakan Nketiah dan Bukayo Saka manakala pasukan pelawat, merapatkan kedudukan hasil ja­ringan tunggal Taiwo Awoniyi.

Menurut Arteta, penyerang muda berusia 24 tahun itu te­lah menunjukkan prestasi yang positif sepanjang pramusim le­pas dan wajar mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain utama, Gabriel Jesus yang mengalami kecederaan.

“Saya gembira dengan impak yang dipamerkan oleh Nketiah pada aksi pertama musim ini apabila berjaya menjaringkan satu gol.

“Walaupun dia diketepikan pada aksi Perisai Komuniti minggu lepas, dia kekal positif dengan meningkatkan usaha pada sesi latihan.

“Tidak wajar buat saya untuk ketepikan dia sekali lagi pada perlawanan ini dan saya harap dia dapat teruskan momentum cemerlang kerana jentera serangan kami agak tempang ketika ini tanpa kehadiran Jesus,” katanya.

Sementara itu, Arteta turut menarik nafas lega apabila pasukan dapat meraih tiga mata berharga meskipun ditentang hebat oleh Forest selepas merapatkan kedudukan pada penghujung perlawanan.

“Bukan mudah untuk kekal konsisten sepanjang lebih 90 minit perlawanan tetapi ini adalah keputusan positif.

“Malah, pemain turut menunjukkan ruang bahawa mereka boleh bertahan untuk menye­rap tekanan,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI