fbpx

Amanah Johor serah nama calon PRK Pulai, Simpang Jeram esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINOLHUDA.

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor telah memuktamadkan senarai nama calon-calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan bagaimanapun enggan mendedahkan senarai nama berkenaan kerana keputusan akhir akan ditentukan kepimpinan pusat.

“Ya, senarai nama calon-calon yang akan bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan dalam dua PRK akan datang sudah dimiliki. Kita akan serahkan kepada pusat esok.

“Tidak perlulah saya dedahkan nama-nama yang dicadang kerana itu keputusan pusat, kita lihat nanti,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Aminolhuda yang juga merupakan Ahli Parlimen Sri Gading turut memberitahu, persiapan jentera parti itu bagi berdepan PRK berkenaan juga telah mula digerakkan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pula pada 9 September.

PRK tersebut diadakan ekoran kekosongan berikutan kematian mengejut penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI