fbpx

Allaudeen dilantik Ketua Polis KL baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen (empat dari kiri), Azri (tengah) dan Shuhaily (empat dari kanan) ketika majlis serah tugas di IPK KL hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Allaudeen Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) itu menggantikan tempat Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas diadakan hari ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan disaksikan Pengarah JIPS, Datuk Seri Azri Ahmad.

Menerusi majlis berkenaan, Azri turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Allaudeen untuk memikul tanggungjawab dan meneruskan agenda perancangan yang akan direncanakan demi mencapai tahap prestasi kontinjen yang membanggakan.

“Sekalung tahniah dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain di atas perkhidmatan cemerlang dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang memikul tanggungjawab di sini.

“Saya yakin, sepanjang beliau menerajui tampuk kepimpinan Polis Kuala Lumpur, beliau sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Semoga pertukaran ke tempat baharu selaku Pengarah JSJ akan memberikan lebih peluang kepada Datuk Seri untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan terus menempa kejayaan. Insya- Allah,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI