fbpx

Trafik sesak, pengundi mula pulang ke ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik sesak menuju ke ibu negara.

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak dengan pertambahan kenderaan bermula pukul 2 petang tadi.

Menerusi laporan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), peningkatan aliran trafik berpunca daripada pergerakan pulang pengundi dari enam negeri sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), semalam.

“Di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan kenderaan semakin bertambah menuju ke ibu negara sejak awal petang tadi.

“Laluan terlibat selepas Sungai Besi ke pusat bandar, Senawang ke persimpangan Port Dickson dan Pandan ke Dato’ Onn,” lapor LLM.

Sementara itu, situasi sama turut berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala Plaza Tol Gombak.

“Trafik tinggi dan perlahan dari Lentang ke Bukit Tinggi serta laluan sebelum keluar Plaza Tol Gombak.

“Kawasan hentian rehat dan rawat (R&R) Genting Sempah ke Genting Sempah, selepas stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Gombak ke Plaza Tol Gombak,” jelas laporan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI