fbpx

Tak perlu sibuk mesej cakap saya penyondol – Neera Azizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Neera Azizi hanya berteman baik dengan Nafiez Zaidi yang sudah bergelar mantan kepada kekasih, Fify Azmi beberapa bulan lalu.

PETALING JAYA – Pelakon Neera Azizi hanya berkawan dengan aktor Nafiez Zaidi walaupun hadir beriringan ke malam gala filem Malbatt: Misi Bakara minggu lalu.

Neera atau nama lengkapnya Nurazneera Azizi, 25, menegaskan peminat tidak perlu menuduh dirinya penyondol atau sibuk menghantar sebarang mesej kepadanya.

“Muat naik gambar sahaja, jadi tidak perlu sibuk hantar mesej atau cakap (saya) penyondol.

“Bertenanglah semua. Berkawan pun tidak boleh. Selepas ini saya duduk rumah sahaja hari-hari,” luahnya ringkas.

Spekulasi mengenai hubungan mereka semakin kuat apabila Kosmo! Online! melaporkan Nafiez baru beberapa bulan putus cinta dengan aktres Fify Azmi.

Namun, ketika malam gala Nafiez hadir bersama-sama Neera dengan saling memaut lengan seolah-olah menunjukkan kemesraan mereka seperti pasangan bercinta.

Sebelum ini, pelakon filem Ada Hantu itu mendedahkan sudah tiada apa-apa hubungan dengan Fify yang didakwa membatalkan perancangan untuk bernikah.

Begitupun, Fify enggan menyalahkan mana-mana pihak termasuk dirinya mengenai perpisahan dengan Nafiez, selain percaya dengan takdir yang diaturkan Tuhan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI