fbpx

Speedy Tigers bakal bangkit benam India di Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki lelaki negara tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas muncul naib juara Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023.

SEPANG – Kekalahan ke atas India pada aksi final Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 semalam bakal menjadi batu loncatan kepada skuad hoki negara untuk meletus mencipta kejutan meraih pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou, China pada bulan depan.

Keyakinan itu dilemparkan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal selepas melihat prestasi memukau pasukan negara yang hampir mengejutkan pasukan berstatus No.3 dunia, India.

Justeru, Subahan berharap skuad kendalian skuad bimbingan A. Arul Selvaraj meletak azam tinggi untuk bangkit mengatasi India di pentas final pada temasya Sukan Asia bagi menggenggam pingat emas dan sekali gus meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris secara merit.

PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal menyambut kepulangan skuad hoki lelaki negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

“Saya tetap berbangga dengan skuad hoki negara biarpun mereka pulang ke tanah air sebagai naib juara. Perlu diingatkan bahawa kekalahan skuad negara ke atas India mampu meningkatkan tahap keyakinan pemain negara.

“Seperti diketahui, India bukan pasukan calang-calang kerana mereka mampu tewaskan pasukan lebih kuat dalam saingan Liga Pro FIH malahan mereka ketika ini berada dalam ranking No.3 dunia.

“Jadi, selepas berakhir saingan di ACT ini pemain negara perlu meletakkan azam tinggi dan bertekad untuk berdepan India sekali lagi di pentas final di Sukan Asia Hangzhou. 

“Misi mereka selepas ini adalah untuk menundukan India untuk menggenggam pingat emas dan seterusnya membuka peluang kepada skuad negara layak ke Olimpik Paris tahun depan.

“Apapun, skuad negara juga tidak boleh memandang mudah cabaran negara lain seperti Korea, Pakistan dan Jepun yang dilihat mampu melakukan kejutan” katanya ketika ditemui ketika menyambut kepulangan skuad hoki negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Dalam pada itu, Subahan turut mengumumkan bahawa skuad hoki negara bakal menerima bonus selepas kejayaan muncul naib juara Trofi Juara-Juara itu.  Subahan berkata, pemberian bonus itu adalah untuk menaikkan semangat pemain dalam usaha mereka memburu emas di temasya Sukan Asia, Hangzhou sekali gus layak ke temasya Olimpik Paris secara merit.

Sebagai rekod, pada edisi 2018 di Jakarta, skuad hoki lelaki negara kempunan menamatkan penantian 60 tahun merangkul pingat emas sulung selepas tewas 1-3 kepada Jepun dalam penentuan pukulan penalti. Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia terlepas peluang layak secara automatik ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI