fbpx

Remaja tercampak dalam sungai ketika kemalangan masih tidak ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat sukar mengesan mangsa disebabkan keadaan gelap pada waktu malam. - KhaoSod

BANGKOK – Operasi mencari seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang tercampak ke dalam sungai ketika kemalangan di wilayah Prachinburi, Thailand diteruskan sehingga hari ini, lapor laman berita Thaiger.

Awal pagi semalam, balai polis Kabin Buri menerima laporan mengenai kemalangan melibatkan sebuah motosikal di jambatan Kwai Pra Prong dalam daerah Kabin Buri.

Menurut polis, nahas itu berlaku apabila motosikal mangsa bertembung dengan sebuah trak pikap. 

Hentaman kuat antara dua kenderaan itu mengakibatkan mangsa tercampak ke dalam sungai dan nasibnya tidak diketahui sehingga kini.

Pihak berkuasa berusaha mencari mangsa yang hilang di dalam sungai, namun arus deras dan keadaan gelap pada waktu malam menyukarkan usaha mereka semalam.

Sementara itu, ibu mangsa bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima berita itu, dan masih menunggu di lokasi kejadian dengan harapan anaknya ditemui. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI