fbpx

Remaja lemas mandi di tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang lemas semasa mandi di tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor dekat Tumpat, petang tadi. FOTO IHSAN PENDUDUK

TUMPAT – Seorang remaja lelaki ditemui lemas ketika mandi di tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor, di sini petang tadi.

Mangsa, Muhammad Aidil Zakuan Abdullah, 13, dijumpai oleh penduduk kampung selepas menyedari remaja tersebut lemas di tali air itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Mohd. Anuar Yacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.32 petang sebelum seramai tujuh pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa berada di tebing tali air selepas penduduk kampung menjumpainya.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Tumpat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI