fbpx

PRN: Terima kasih semua pengundi, saya tidak lupa dukungan kalian – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi di enam negeri terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN), semalam, selain menyifatkan beliau tidak akan melupakan sokongan yang diberi.

“Terima kasih kepada semua pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Saya hargai dan saya tidak lupa dukungan kalian,” katanya ringkas dalam satu ciapan ringkas yang dibuat di Twitter, tadi.

Semalam, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya mendapat mandat rakyat dengan majoriti melebihi 50 peratus untuk membentuk kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Gabungan parti politik itu berjaya memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang selain 34 kerusi di Selangor dan 31 kerusi di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, gabungan itu dilihat gagal untuk menawan baki tiga negeri lagi apabila Kedah, Terengganu dan Kelantan kekal menjadi milik Perikatan Nasional (PN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI