fbpx

PRN: ‘Post mortem’ akan dilakukan, kaji peratusan keluar mengundi rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAHMI FADZIL

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan bakal melaksanakan post mortem susulan peratusan keluar mengundi yang dilaporkan rendah pada enam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, usaha itu akan dibuat bagi memahami dengan lebih mendalam keadaan tersebut yang berlaku pada PRN hari ini.

“Dari segi turn out itu mungkin kita kena faham apa yang berlaku dan kita akan buat post mortem untuk memahami dengan lebih mendalam.

“Kami akan lihat apakah sebab berlakunya keadaan ini,” katanya di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi menyifatkan keputusan PRN kali ini sudah dalam jangkaan berdasarkan penelitian beberapa dapatan firma-firma kaji selidik.

“Banyak kaji selidik yang dilaporkan mempunyai banyak data tambahan dan kita akan ambil semua data ini untuk kita teliti,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI