fbpx

PRN: Pas hantar nama calon MB Kelantan ke istana esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dan Kelantan di Jabatan Kerja Raya 10 di Kota Bharu, sebentar tadi.

KOTA BHARU – Pas sudah memutuskan calon Menteri Besar Kelantan dan akan menghantar nama wakil rakyat tersebut kepada Istana Kelantan, esok.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, parti itu sudah memutuskan calon Menteri Besar dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dan Kelantan, sebentar tadi dan namanya akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan.

“Watikah daripada Presiden (Pas) mengenai calon Menteri Besar akan dihantar kepada Istana Kelantan esok. Jadi, tunggulah.

“Tunggu secara rasmi pada 15 Ogos ini. Majlis akad sumpah Menteri Besar akan dijalankan pada pukul 3 petang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dan Kelantan di Jabatan Kerja Raya 10, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI