fbpx

PRN: Mahu jadikan Galas sebagai DUN contoh di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syahbuddin (kiri) bersalaman dengan calon Pas, Datuk Shaari Mat Hussain yang menang di kerusi DUN Paloh di Dewan Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang, Gua Musang semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Wakil rakyat tunggal Barisan Nasional (BN) di Kelantan, Mohd. Syahbuddin Hashim yang menang di kerusi Galas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) mahu menjadikan kawasan itu sebagai Dewan Undangan Negeri (DUN) contoh untuk penggal akan datang.

Mohd. Syahbuddin berkata, perkara itu akan dilaksanakan selari dengan ketetapan kerajaan persekutuan dalam membela nasib rakyat.

“Saya akan menabur bakti di Galas sebaik mungkin tanpa mengira fahaman dan perbezaan politik. Pada masa sama, saya akan membuktikan pimpinan Kerajaan Perpaduan akan diterjemahkan di DUN Galas,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Mohd. Syahbuddin memberitahu, segala amanah akan digalas sebaik mungkin dan akan meneruskan kerja-kerja yang tertunda.

Mohd. Syahbuddin berjaya mempertahankan kerusi DUN Galas selepas menang dengan majoriti 3,337 undi mengalahkan calon Pas, Mohd. Tarmizi Abd. Rahman.

Mohd. Syahbuddin memperoleh undi sebanyak 10,724 undi manakala Mohd. Tarmizi 7, 405 undian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI