fbpx

PRN: Jangan buat spekulasi – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng ketika ditemui di pekarangan Seri Mutiara, hari ini.

GEORGE TOWN – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng meminta semua pihak agar jangan membuat sebarang spekulasi berkaitan ketidakhadiran beliau ke Pusat Penjumlahan Undi Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN), malam tadi.

Guan Eng yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, untuk penggal keempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berkata, beliau tidak dapat hadir ke pusat berkenaan kerana perlu berada di pusat pengiraan undi di Kompleks Masyarakat Penyayang, di sini.

“Sebagai wakil rakyat, saya kena pergi ke pusat pengiraan dan penjumlahan undi, jadi saya tidak sempat (hadir ke pusat penjumlahan undi PH-BN).

“You (media) yang buat spekulasi, saya banyak berulang alik semalam, Lim Kit Siang (yang hadir ke pusat penjumlahan undi PH-BN) bukan calon, saya calon, jangan buat spekulasi,” katanya ketika ditemui di pekarangan Seri Mutiara di sini, hari ini.

Sebelum ini, terdapat desas desus yang mendakwa hubungan Guan Eng dan Kon Yeow ‘dingin’ susulan isu-isu berkaitan PRN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI