fbpx

PRN: BN, PKR Pulau Pinang analisis punca kekalahan calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PH-BN P. Pinang akan jalankan analisis punca kekalahan empat calon PRN di negeri itu.

GEORGE TOWN – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menjalankan analisis punca kekalahan empat calon daripada parti itu yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihaknya menerima keputusan pengundi dengan hati terbuka.

”BN tanding enam kerusi dan kita menang dua kerusi, kita terima keputusan dengan hati terbuka. ‘Kita akan analisis keputusan, tapi kita akan lihat kelemahan kita, di mana dan kenapa rakyat tolak empat kerusi lagi yang kita tanding,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

BN menang di DUN Bertam dan DUN Sungai Acheh, manakala empat lagi kerusi DUN yang ditandingi iaitu Telok Bahang; Sungai Dua; Penaga; Permatang Berangan.

Menurut Musa, beliau mewakili BN Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada jentera PH terutama Pengerusi PH, Chow Kon Yeow yang banyak membantu jentera BN.

”Kedua-dua ADUN BN akan menyokong kepimpinan Kon Yeow dalam kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Muhamad Bakhtiar Wan Chik berkata, calon PKR menang di tujuh kerusi DUN daripada 13 kerusi yang ditandingi dalam PRN kali ini.

”Kebanyakan kerusi yang kita kalah adalah di kawasan undi Melayu dan ada satu kerusi campuran kita menang iaitu di DUN Batu Maung. Ini satu pengajaran kepada kita, namun kita kena terima keputusan yang dibuat rakyat dan calon-calon pun pelajari apa sebab kekalahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI