PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi sebanyak 29 kerusi daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, ini menyaksikan PH mempunyai majoriti melebihi 50 peratus dalam membentuk kerajaan negeri.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanajaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh menerusi satu sidang akhbar khas di sini tadi.
“Sehingga pukul 11.31 malam, 12 Ogos, PH telah memenangi sejumlah 29 kerusi dari 56 kerusi,” katanya malam ini.
Bagi Negeri Sembilan, Abdul Ghani berkata, sehingga pukul 11 malam PH memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) (14) dan Perikatan Nasional (PN) (lima).
“Berdasarkan keputusan yang diperolehi ini, tiada mana-mana parti yang berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada 36 kerusi yang dipertandingkan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE