fbpx

Pemuda Rohingya mati lemas ketika cari kepah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Osnah Ahmad yang ditemui lemas di muara Sungai Paka, Dungun, hari ini.

DUNGUN – Seorang pemuda etnik Rohingya yang hilang ketika mencari kepah di muara Sungai Paka, sejak tiga hari lalu disahkan mati lemas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mayat Osnah Ahmad Abdul Salam, 20, ditemui pada pukul 3.55 petang.

“Mayat mangsa ditemui terdampar di tebing sungai berhampiran kawasan paya bakau, kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang pada Jumaat lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada kelmarin, Osnah Ahmad dikatakan hilang akibat dihanyutkan arus sungai sewaktu sedang mencari kepah di kawasan tebing sungai bersama rakan-rakannya.

Maizura berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun, di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI