BELUM reda cerita Nafiez Zaidi dengan Fify Azmi tak jadi kahwin, muncul pula gosip mendakwa aktor itu kini menjalin hubungan cinta dengan Neera Azizi.
Gosip tersebut singgah di telinga Diva dan ada yang mengatakan Neera turut hadir sebagai pasangan menemani Nafiez pada malam gala filem Malbatt Misi Bakara, baru-baru ini.
Kata teman Diva, mereka siap saling memeluk lengan dan kemesraan mereka seperti pasangan yang sedang dilamun cinta!
Ramai juga yang terkejut sebab Nafiez pun baru beberapa bulan putus cinta, namun sudah ada pengganti. Tapi tak salah kan. Dua-dua pun berstatus solo dan kalau sudah jodoh, teruskan sahaja. Cuma nak cakap, boleh tahan laku juga Nafiez ni ya, pantas bertukar cinta.
DIVA: Pelik betul dengan perangai artis yang menyombong dengan kawan sendir sebab dah bahagia atau mungkin tengah bahagia hidup kena kongkong? Dapat pula suami bijak!