fbpx

Laluan UMNO masih berliku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puad. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

BATU PAHAT – Laluan UMNO untuk diterima semula oleh rakyat dilihat masih berliku apabila hanya menang 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 108 calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15, semalam.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkasi dalam hantaran di laman Facebook miliknya berkata, UMNO semakin hilang sokongan orang Melayu apabila hanya mampu memperolehi kerusi yang kecil.

Katanya, bukan mudah untuk parti itu mencari formula baharu bagi menarik semula sokongan orang melayu dan perlu fokus kepada agenda ekonomi rakyat dan negara.

“Kepimpinan UMNO tidak perlu panik seperti mahu tinggalkan Kerajaan Perpaduan Mereka yang kalah dan berumur 45 tahun keatas dalam PRN semalam jangan bertanding lagi dalam Pilihan Raya akan datang,”katanya.

Mohd Puad turut membayangkan bahawa jawatan dalam parti bukan tiket percuma untuk dicalonkan sebagai calon namun UMNO perlu menampilkan “ayam sabung” tulen.

Menurutnya lagi, menteri UMNO mesti menyelamatkan parti ini bagi mengelakkan rakyat meluat pada tingkah laku UMNO, perlu naratif baharu dan disampaikan kepada pengundi.

Daripada enam negeri yang terlibat dalam PRN itu, hanya Negeri Sembilan melihatkan solongan rakyat kepada UMNO masih kuat apabila memenangai 14 kerusi DUN daripada 17 calon yang bertanding.

Manakala di negeri-negeri lain, Pulau Pinang hanya dua kerusi, Selangor (2), dan Kelantan (1), bagi negeri Kedah dan Terengganu UMNO dilihat ditolak sepenuhnya oleh pengundi apabila tiada satu kerusi dimenangi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI