fbpx

Kalah PRN: Pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Taman Maluri, Kuala Lumpur, hari ini.

PETALING JAYA – Semua pe­mimpin UMNO perlu bertanggungjawab ke atas kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, semalam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata, UMNO perlu melihat semula cara parti itu ditadbirkan agar dapat terus menarik sokongan pengundi terutama dalam kalangan orang Melayu pada masa akan datang.

Katanya, perkara itu perlu dinilai bermula dari sekarang sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang akan diadakan pada tahun 2027.

“Kita kena terima hakikat bahawa di sebahagian negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah UMNO sudah hilang sokongan orang Melayu.

“Dalam negeri-negeri yang agak baik pembangunannya juga, UMNO sudah hilang sokongan orang Melayu. Sebagai contoh di Pulau Pinang, UMNO hanya menang dua daripada enam kerusi dipertanding, Selangor dua daripada 12 kerusi.

“Sementara di Negeri Sembilan, kita juga menurun sokongan orang Melayu. UMNO menang hanya 14 daripada 17 yang dipertandingkan. Kebanyakan kawasan yang UMNO menang majoriti juga agak kecil jika dibandingkan dengan PRU14,” katanya.

Johari berkata, semua pe­mimpin UMNO dari setiap pe­ringkat termasuk Top 5, Majlis Tertinggi, Ketua-ketua Bahagian setiap negeri tersebut termasuk wanita, Pemuda, Puteri perlu bertanggungjawab atas kekalahan itu.

“Saya secara peribadi, walaupun baru lima bulan menjawat jawatan Naib Presiden turut bertanggungjawab di atas kekalahan ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI