fbpx

Janna Nick masuk hospital sebab radang usus besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janna Nick dimasukkan ke hospital disebabkan masalah radang usus besar.

PETALING JAYA – Pelakon Janna Nick terpaksa dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara selama empat hari gara-gara masalah kesihatan yang dipanggil sigmoid colitis.

Bagaimanapun, pelantun lagu Gatal itu sudah mendaftar keluar daripada hospital terbabit hari ini.

Suaminya Dini Schatzmann ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 28, mengalami sakit perut sehingga tidak mampu berjalan sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Janna mengalami sakit perut pada Khamis lalu sehingga tidak boleh berjalan. Sebab itu dia dimasukkan ke hospital.

“Hasil pemeriksaan mendapati Janna mengalami masalah yang dipanggil sigmoid colitis,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar Dini lagi, doktor bagaimanapun tidak mengetahui punca isterinya mengalami masalah tersebut.

“Penyakit ini memang tiada punca. Doktor pun tidak tahu macam mana Janna boleh dijangkiti,” katanya yang memberitahu Janna kini sedang berehat untuk proses pemulihan.

Menerusi hantaran Janna dalam Instagram miliknya, pelakon drama Bukan Puteri Lindungan Bulan itu berkongsi beberapa keping foto ketika menerima rawatan di hospital dan memberitahu telah dibenarkan pulang untuk berehat.

Discharged (keluar hospital), but still recovering (dalam proses penyembuhan),” tulisnya.

Dalam ruangan komen, ramai rakan-rakan artis bersyukur apabila Janna tidak mengalami masalah serius dan mendoakan agar dia diberikan kesembuhan.

“Semoga cepat sembuh sayang,” ujar pelakon Nora Danish.

“Cepat sihat sayangku,” kata pelakon Aprena Menrose.

“Semoga dipermudahkan urusan Janna,” kata pelakon Ezzaty Abdullah.

Menurut istilah perubatan, sigmoid colitis merujuk kepada masalah keradangan pada bahagian usus besar (kolon, sekum dan rektum) yang boleh dikaitkan dengan masalah penghadaman. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI