fbpx

Hujan lebat di 9 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat di sembilan negeri, malam ini.

Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk tersebut diramal berlarutan sehingga pukul 8 malam.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta seluruh Pulau Pinang dan Kelantan.

“Turut terlibat, negeri Perak meliputi Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Di Pahang, ribut petir juga dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin sementara Selangor, di Hulu Selangor dan Hulu Langat.

“Sementara itu di Negeri Sembilan hanya di Jelebu manakala Johor di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Di Sabah, cuaca buruk sama diramal berlaku di Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI