fbpx

Esok cuti umum di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mengumumkan esok merupakan cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri Selangor.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim berkata, pengisytiharan itu sempena Pilihan Raya Dewan Negeri Selangor Ke-15.

“Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin iaitu 14 Ogos ini sebagai cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan gabungan Perpaduan yang terdiri daripada PH dan Barisan Nasional akan mengisytiharkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa sekiranya berjaya memenangi PRN Selangor pada 12 Ogos ini dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI