fbpx

Cristiano Ronaldo individu pertama miliki 600 juta pengikut Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cristiano Ronaldo individu pertama miliki 600 juta pengikut Instagram.

PETALING JAYA – Pemain bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi pengguna Instagram pertama memiliki 600 juta pengikut apabila berjaya mencapai angka bersejarah itu, hari ini.

Pada masa sama, akaun beliau dinobat sebagai kedua paling banyak selepas akaun rasmi Instagram dengan 650 juta pengikut.

Sementara itu, pesaing terhampir beliau ialah pemain terbaik dunia yang juga pemenang Piala Dunia 2022, Lionel Messi dengan 480 juta pengikut, setakat ini.

Bagaimanapun, jumlah pengikut Instagram Messi dilihat meningkat mendadak dengan pertambahan lebih 100 juta orang sejak beberapa minggu lalu, selepas disahkan menyertai pasukan bola sepak Inter Miami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI