fbpx

BN hormat keputusan PRN – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) bersama rakan-rakan di dalam Kerajaan Perpaduan menghormati keputusan Pilihan Raya enam negeri yang telah diterjemahkan oleh rakyat pada hari ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kkputusan yang diumumkan telah mengekalkan penguasaan Kerajaan Perpaduan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Mandat yang diperoleh hari ini juga telah menjadi asas kepada kebersamaan parti-parti di bawah Kerajaan Perpaduan untuk terus bekerjasama dan memperkasa sinergi bagi mengekalkan Kerajaan Perpaduan ini untuk tempoh lima tahun mendatang.

“Barisan Nasional mengucapkan tahniah buat calon-calon yang telah berjaya. Terimalah amanah ini untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada rakyat.

“Buat yang tidak berjaya, teruslah beristiqomah dan jangan pernah berhenti untuk terus memperjuangkan aspirasi rakyat di saat kita berhadapan dengan pelbagai cabaran,” jelasnya di sini hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, beliau turut berterima kasih kepada seluruh rakyat yang telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah mengundi sekaligus menyuburkan proses demokrasi dalam negara.

“Ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen dan keprihatinan demi menentukan masa depan yang lebih baik buat negeri dan negara.

“Terima kasih kepada semua ahli-ahli parti, jentera dan sukarelawan yang telah bekerja keras menjayakan kempen dan bertungkus-lumus membantu BN.

“Kini, masa untuk kita bersatu hati dan terus bekerja keras demi memastikan perpaduan dipelihara, kestabilan dijaga demi kemakmuran rakyat Malaysia,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI