fbpx

Berita palsu guna nama, gambar Dr. Noor Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noor Hisham.

PETALING JAYA – Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambarnya dalam satu berita palsu.

Dr. Noor Hisham melalui hantaran di Twitternya mengingatkan agar orang ramai tidak tertipu dengan berita palsu tersebut yang kini turut tular.

“Perhatian kepada semua rakyat Malaysia. Ini satu lagi berita palsu yang telah diviralkan menggunakan gambar dan nama saya.

“Sila ambil maklum dan jangan sesekali tertipu dengan berita palsu ini. Saya akan bincang dengan peguam untuk ambil tindakan mahkamah atas penipuan ini,” ciapnya tadi.

Tinjauan pada pautan yang diberikan mendapati, berita palsu berkenaan ialah berhubung prosedur rawatan mata di hospital yang didakwa hanya mementingkan wang berbanding kesihatan pesakit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI