fbpx

Benarkah ada telur plastik di pasaran?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik ke laman Facebook.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mendakwa sepapan telur yang dibelinya daripada sebuah pasar raya merupakan telur plastik.

Menurut video yang dimuat naik di laman Facebook, lelaki tersebut menununjukkan bahagian selaput telur yang lebih tebal daripada biasa manakala telur kuningnya pula cair tidak seperti telur biasa.

“Selepas saya rebus telur ini, kulitnya lebih keras. Bukan sebiji macam ini, hampir semua telur yang dibeli daripada pengeluar sama macam ini.

“Dalam telur pun bersih, tak ada warna merah. Mudah sahaja saya nak angkat telur kuning,” katanya dalam hantaran sama.

Kini, video tersebut telah menerima 138 tanda suka dan 47 komen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna berkongsi pendapat masing-masing. Ada juga yang tidak bersetuju bahawa telur tersebut merupakan telur plastik.

“Sahih ke ni? Berbaloi ke orang buat (telur) daripada plastik? Bukan ke kos pembuatannya lebih tinggi daripada biasa?,” kata Zamri.

“Kalau ada benih dalam telur ayam, selalunya ia tidak tahan lama. Lebih baik makan telur yang tidak ada benih,” kata Aizat.

“Kalau tak puas hati, pulangkan sahaja ke tempat yang dibeli,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI