fbpx

Warga emas meninggal dunia lepas celup jari untuk mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAMPIN – Seorang wanita warga emas disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gemencheh apabila tiba-tiba jatuh selepas mencelup jari dalam dakwat di pusat pembuangan undi (PPU) Sekolah Kebangsaan (SK) Rokan, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat dari pembantu klinik kira-kira pukul 11 pagi dan siasatan awal mendapati wanita warga emas berusia 83 tahun berkenaan telah hadir ke SK Rokan untuk mengundi bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Menurutnya, semasa di Saluran 1 selepas mencelup jari dalam dakwat, wanita warga emas berkenaan tiba-tiba telah terjatuh dan tidak sedarkan diri lalu dibawa oleh ahli keluarga ke Klinik Kesihatan Gemencheh.

“Wanita warga emas berkenaan telah sedarkan diri, namun paras oksigen didapati semakin menurun. Bantuan asas hayat atau ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ (CPR) telah dilakukan oleh Pembantu Pegawai Perubatan ke atas wanita itu, namun tidak berjaya untuk diselamatkan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Anuwal lagi, sebelum kejadian, mangsa ada mengadu kepada keluarga bahawa dia mengalami sakit pada bahagian kaki sejak balik dari mengerjakan ibadah umrah.

Menurutnya, semasa sampai di tempat mengundi, warga emas tersebut berjalan dari kereta ke saluran 1.

“Terdapat rekod perubatan bahawa mangsa adalah pesakit darah tinggi. Wanita itu juga telah dibawa ke bahagian kecemasan ke Klinik Kesihatan Gemencheh oleh keluarga yang berada di kawasan pembuangan undi sekolah berkenaan.

Menurutnya, mayat di hantar ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI