fbpx

Wanita terkejut lihat ular makan tedung dalam mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor ular ditemui seorang wanita berada di dalam mangkuk tandas rumahnya di Tucson baru-baru ini. - Foto RATTLESNAKE SOLUTIONS

TUCSON, Arizona – Seorang wanita yang baru pulang dari bercuti terkejut melihat seekor ular jenis coachwhip melingkar di dalam mangkuk tandas rumahnya di Tucson baru-baru ini, lapor portal berita WMTW  kelmarin. 

Michelle Lespron yang terkejut melihat ulat itu bertindak menutup penutup tandas dan meminta bantuan sebuah syarikat menghalau ular tempatan.

“Dia wira saya, Nick (pekerja penghalau ular) di Rattlesnake Solutions adalah wira mutlak saya,” kata Lespron.

Pemilik Rattlesnake Solutions, Bryan Hughes bderkata: “Sesetengah orang memanggil ular coachwhip sebagai ‘pelumba merah’ tetapi yang ia bukannya berwarna merah. 

“Ia adalah ular yang pantas, pintar. Ia memakan ular tedung, memanjat pokok, memanjat rumah,” kata Hughes.

Hughes berkata, kejadian ular berada di dalam tandas agak jarang berlaku.

Walaupun selepas ular itu telah dialihkan, Lespron memutuskan untuk menggunakan bilik mandi lain di dalam rumahnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI