fbpx

‘Pucuk’ muda pilihan 5 selebriti wanita tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIIMA selebriti wanita tanah air, Ella, Che Ta, Intan Ladyana, Fazura dan Neelofa yang berjodohan dan hidup bahagia dengan lelaki lebih muda berbanding mereka.

MINGGU lalu, Boathouse Ampang menjadi saksi penyatuan dua jiwa penyanyi Shila Amzah dengan pasangna pilihan iaitu Ubai yang juga seorang pempengaruh.

Rupa-rupanya, suami pelantun lagu Selamanya Cinta itu sudah meminati Shila sejak di zaman persekolahan dan akhirnya berjaya memperisterikannya.

SHILA dan Ubai selamat mendirikan perkahwinan pada 5 Ogos lalu.

Sisi lawak dan sikap matang Ubai menyebabkan anak kepada penyanyi Datuk ND Lala itu membuka hati menerima jejaka yang tujuh tahun lebih muda daripadanya.

Kata Ubai, umur itu subjektif dan tidak menjadi penghalang untuk bersama Shila.

Senada dengan romansa Shila-Ubai, Gala minggu ini merangkumkan beberapa selebriti wanita tanah air yang memilih lelaki lebih sebagai teman hidup.

Ella Aminuddin, Azhar Ghazali (beza 14 tahun)

PADA tahun 2012, ratu rock negara menamatkan status bujangnya bersama jejaka pilihan iaitu Azhar Husaini Ghazali yang merupakan seorang juruterbang.
Sama seperti Ubai, Azhar juga tidak melihat soal usia sebagai penghalang walaupun beza umur 14 tahun.
Bagaimanapun, pasangan bahagia itu belum dikurniakan cahaya mata walaupun lebih satu dekad mendirikan bahtera perkahwinan.
Namun, kehadiran anak angkat iaitu Shanome Az Zahra menjadikan hidup pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin bersama suami bahagia bersama.

Rozita Che Wan, Zain Saidin (beza 13 tahun)

JARAK usia bukan penghalang buat aktor Zain Saidin mengahwini Rozita Che Wan yang lebih dikenali sebagai Che Ta pada Disember 2013 dan mengambil angka unik 11.12.13 sebagai hari bahagia.
Rezeki buat pasangan itu apabila majlis pernikahan mereka mendapat tajaan bernilai RM 13 juta sekali gus disifatkan sebagai antara perkahwinan termahal selebriti tempatan.
Selepas berkahwin, Che Ta memperlahankan karier seni dan memberikan tumpuan sepenuh masa kepada perniagaan seraya menjadi ibu kepada dua anak bujangnya daripada perkahwinan pertama iaitu Ammar Effendi dan Aniq Ezra.
Rumah tangga mereka diserikan lagi dengan kehadiran si comel Aaisyah Dhia Rania pada 2014.
Aaisyah kini mengikuti jejak langkah ibunya yang suka bergaya walaupun baru berumur 10 tahun.

Neelofa, Haris Ismai (beza 6 tahun)

SAMA cantik sama padan. Itulah ungkapan sesuai buat pasangan selebriti Neelofa, 34, dan suami Haris Ismail, 28, yang selamat diijab kabul pada 27 Mac 2021.
Majlis diadakan di sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur semasa Perintah Kawalan Pandemik (PKP) dan tetamu yang hadir sekitar 200 orang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Bibit-bibit cinta antara bekas pengacara MeleTop dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz itu semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih Neelofa.
Pernah teruji dengan gosip putus tunang dek tindakan beberapa ahli keluarga, rumah tangga mereka kini lebih bahagia dengan kehadiran dua orang putera iaitu Muhammad Bilal dan Abdul Abbas.

Fazura, Fattah Amin (beza 7 tahun)

SELEPAS 15 hari melangsungkan majlis pertunangan, selebriti terkenal Fazura dan Fattah Amin selamat disatukan sebagai suami isteri dalam acara tertutup pada 2017.
Detik perkenalan mereka bermula apabila kedua-dua membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga peminat mencipta tanda pagar gabungan mereka iaitu #Fattzura.
Perkahwinan pasangan yang mempunyai jarak usia lapan tahun itu sangat bahagia di samping seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Intan Ladyana, Harris Alif (beza 17 tahun)

BIARPUN mengenali antara satu sama lain selama 10 tahun, selebriti Harris Alif, 23, dan Intan Ladyana, 41, masing-masing masih belum timbul perasaan suka sebelum berkahwin.
Namun, setelah berjumpa semula pada tahun 2020 membuatkan pasangan itu mula mengenali hati budi masing-masing dan mula serius dalam fasa baharu hubungan.
Mereka sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 5 Februari 2021.
Perkahwinan Harris dan Intan menjadi bualan netizen disebabkan jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Hampir setahun mendirikan rumah tangga, mereka kini bergelar ibu bapa kepada Evie Khadeeja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI