fbpx

PSM tidak letak sasaran, yakin dapat undi beberapa kawasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Darren menunjukkan isyarat jari selepas selesai membuang undi di SK Kota Warisan tadi. - Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR / KOSMO!

SEPANG – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, Darren Ong berharap dapat meraih undi daripada beberapa kawasan yang pernah Parti Sosial Malaysia (PSM) perjuangkan isu rakyat sebelum ini.

Ia termasuk di Kampung Ampar Tenang, Flat Taman Permata dan Kampung Olak Lempit yang terkait dengan beberapa isu termasuk perumahan dan pencemaran alam sekitar.

Darren berkata, beliau tidak meletakkan harapan tinggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini kerana PSM kali pertama bertanding di DUN ini.

Menurutnya, pihaknya mahu mendedahkan kepada pengundi di Dengkil pendekatan dan perjuangan politik baharu di bawa PSM.

“Penyertaan kami di Dengkil adalah untuk memperkenalkan perjuangan PSM dalam memperjuangkan isu-isu rakyat dan berharap ia dapat menarik perhatian pengundi baharu,” katanya ketika ditemui selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, di sini pagi ini.

Darren membuang undi sekitar 10.45 pagi tadi sebelum bergerak ke Kampung Ampar Tenang untuk meninjau proses pengundian di kawasan itu.

Secara keseluruhan, proses pengundian di DUN Dengkil berjalan lancar setakat jam 12 tengah hari ini walaupun ‘kurang meriah’ pada sebelah pagi disebabkan hujan sekitar 8 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI