ALOR SETAR – Perikatan Nasional (PN) setakat ini memenangi 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah sekali gus dapat membentuk kerajaan negeri.
PN memperoleh kemenangan dengan majoriti dua pertiga.
Pakatan Harapan (PH) setakat ini hanya memenangi satu kerusi iaitu di DUN Kota Darul Aman. – KOSMO! ONLINE