PETALING JAYA – Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) ketika ini selesa mendahului di Selangor apabila berjaya menguasai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara tidak rasmi
Antara kawasan dikuasai ialah Sekinchan, Hulu Bernam, Permatang, Rawang, Sungai Tua, Hulu Kelang, Bukit Antarabanga, Lembah Jaya, Pandan Indah, Kajang, Subang Jaya, Seri Setia, Taman Medan, Kampung Tunku, Bukit Lanjan dan Paya Jaras.
Selain itu, PH-BN turut menguasai Dusun Tua, Semenyih, Sungai Kandis, Kota Kemuning, Selat Klang, Banting, Sijangkang dan Tanjong Sepat.
Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) pula kini hanya menguasai lapan kerusi antaranya Sabak, Sungai Panjang, Sungai Burong, Bukit Malawati, Ijok, Sungai Ramal, Meru, Sementa dan Morib.
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pula menguasai satu DUN iaitu, Batu Tiga. – KOSMO! ONLINE