fbpx

PRN: Tidak Rasmi – PH-BN dahului 25 kerusi DUN setakat pukul 7.30 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi mendahului 25 kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang setakat pukul 7.30 malam tadi.

Keputusan tersebut dipamerkan di Pusat Pengumuman Rasmi PRN bagi PH-BN di hotel St. Giles Wembley di sini.

Ketika ini, calon PH-DAP bagi DUN Paya Terubong, Wong Hong Wai mendahului jumlah undi sebanyak 21,112 dari lawannya, Ooi Ghee Oon dari Perikatan Nasional (1,675).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang bertandang di DUN Padang Kota secara tidak rasmi mendahului lawannya dengan majoriti sebanyak 7,523 dari calon PN-Gerakan, H’Ng Khoon Leng, 1,079.

Calon DUN Bertam, Datuk Seri Reezal Merican (PH-BN) mendahului dengan majoriti lebih 1,300 undi mengatasi lawannya, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq daripada PN setakat pukul 7.40 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI