SIK – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menang besar bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri dengan memperoleh majoriti sebanyak 14,824.
Berdasarkan kiraan tidak rasmi, Sanusi yang mewakili Perikatan Nasional (PN) memperoleh sebanyak 20,211 undi.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang mendapat 5,387 undi. – KOSMO! ONLINE