PETALING JAYA – Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Luqman Long jauh ditinggalkan dua pencabarnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, beliau hanya memperoleh 376 undi manakala calon Pas, Ustaz Ahmad Shah mendahului dengan 4925 undi.
Sementara itu, seorang lagi pencabarnya dari Barisan Nasional, Armi Irzan Mohd. memperoleh 4375 undi setakat ini.
Terdahulu, Luqman Long berjanji akan meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan Muda sekiranya hilang deposit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. – KOSMO! ONLINE