fbpx

PRN: Tidak Rasmi – Haim Hilman, Baddrol Bakhtiar dahului undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haim Hilman (kiri) dan Baddrol Bakhtiar.

JITRA – Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr. Haim Hilman Abdullah yang mewakili Perikatan Nasional (PN) mendahului calon Pakatan Harapan (PH) apabila memperoleh sebanyak 30,913 undi.

Calon Pakatan Harapan (PH), Datin Sabrina Ahmad, 45, pula memperoleh sebanyak 9,451 undi.

Situasi sama turut berlaku di DUN Gurun apabila ikon bola sepak, Baddrol Bakhtiar mendahului dengan 16,443 undi.

Pesaingnya daripada PH iaitu Mohammed Firdaus Johari pula mendapat sebanyak 10,758 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI