KOTA BHARU – Calon gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), Dr. Hafidzah Mustakim memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama.
Keputusan tidak rasmi itu menyaksikan beliau memperoleh sebanyak 9,691 undi mengatasi calon Pas, Zamri Ismail yang mendapat 9,489 undi.
Beliau memperoleh majoriti sebanyak 202 undi.
Lain-lain calon, iaitu calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Tan Boon Kian bagaimanapun hanya memperoleh 209 undi. – KOSMO! ONLINE