fbpx

PRN: Tidak Rasmi – DAP Selangor dahului 15 kerusi ditandingi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY LOKE bersama barisan calon DAP bagi DUN dan Parlimen di Pahang.

SHAH ALAM – Calon DAP menepati ramalan apabila tidak menghadapi masalah dengan dijangka menguasai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.

Kerusi tersebut antaranya adalah Sekinchan, Kuala Kubu Bharu, Teratai, Balakong, Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama dan Bandar Baru Klang.

Selain itu, turut melibatkan DUN Pandamaran, Kota Kemuning, Banting dan Sungai Pelek.

Berdasarkan undi tidak rasmi setakat pukul 9.10 malam, rata-rata mereka mendahului antara lebih 10,000 hingga 60,000 seterusnya membantu gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor.

Paling menonjol adalah Nge Sze Han yang juga Setiausaha DAP Selangor dengan 69,256 undi di DUN Kinrara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI