SEPANG- Calon Barisan Nasional (BN) kini mendahului di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil menerusi wakilnya, Noorazli Said.
Noorazli yang juga Ketua UMNO Bahagian Sepang kini memperolehi 1,483 undi setakat ini diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Jamil Salleh dengan 939 undi.
Dua calon lain Datuk Mohd Daud Leong Abdullah (Parti Utama Rakyat) dengan 22 undi dan Darren Ong (PSM) dengan 60 undi. – KOSMO! ONLINE