PETALING JAYA – Calon Perikatan Nasional (PN) juga bekas kapten skuad bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar, dilihat ketinggalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Kedah setakat ini.
Beliau hanya mendapat 284 undian sementara calon Pakatan Harapan (PH) merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Jerai, Mohammed Firdaus Johari mendahului dengan 473 undian.
Mohammed Firdaus merupakan anak kepada Speaker Dewan Negara, Tan Sri Johari Abdul. – KOSMO! ONLINE.