PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke Siew Fook, mendahului di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah bagi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan, berjaya meraih 240 undian setakat ini.
Namun pencabarnya, Rosmadi Arif dari Perikatan Nasional (PN), mencatatkan jumlah undian yang tidak jauh ketinggalan iaitu sebanyak 220. – KOSMO! ONLINE