PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga calon Pakatan Harapan (PH) ‘memecut’ meninggalkan dua pencabarnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, beliau memperoleh 683 undi manakala, calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin mendapat 109 undi.
Seorang lagi calon Bebas iaitu Suman Gopal pula dengan lima undi. – KOSMO! ONLINE