fbpx

PRN: Tiada laporan isu 3R sepanjang tempoh kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan pada sidang akhbar meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate hari ini,

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak menerima laporan berkenaan isu 3R (agama, kaum dan raja) sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya, laporan yang banyak diterima adalah berhubung perbuatan khianat seperti merosakkan poster, fitnah dan ceramah tanpa permit.

“Setakat hari ini, sebanyak 131 kertas siasatan dibuka di enam negeri yang terlibat dengan PRN manakala sebanyak 28 kertas siasatan dibuka di Selangor,” ujarnya ketika sidang akhbar selepas meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, di sini, hari ini,

Mengulas lanjut PRN yang berlangsung hari ini, Ayob Khan memberitahu seramai 35,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan di enam negeri terlibat.

Bagi negeri Selangor, seramai 5,526 pegawai dan anggota telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan di pusat mengundi.

“Kita harap tiada insiden yang boleh menjejaskan kelancaran mengundi di seluruh negara sehingga selesai proses pilihan raya ini.

“Kita sudah melalui banyak pilihan raya. Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat provokasi dan serah kepada polis untuk tindakan lanjut kerana sudah menjadi tugas kami menjaga keselamatan serta kesejahteraan orang ramai.

“Kita juga minta penyokong parti di enam negeri ini berfikir secara rasional tanpa melakukan sebarang pelanggaran peraturan kerana tindakan akan diambil tanpa mengira dari mana-mana parti,”katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI