fbpx

PRN: Rasmi – PN menang enam kerusi, PH-BN tiga kerusi DUN utara Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin dan barisan tertinggi PN bergambar bersama calon-calon Dewan Undangan Negeri (DUN Selangor pada Majlis Pengumuman Calon Pilihanraya Negeri Selangor, di Taman Medan. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) memenangi enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di utara Selangor.

Ia melibatkan kerusi Sabak; Hulu Bernam; Sungai Burong; Permatang; Bukit Melawati dan Ijok.

Semua kawasan tersebut dimenangi dengan majoriti jumlah undi masing-masing iaitu 4,215; 669; 6,842; 1,728; 877 dan 907.

Manakala, PH-BN memenangi tiga kerusi iaitu N.01 Sungai Air Tawar; N.04 Sekinchan dan N.06 Kuala Kubu Baharu.

Kesemua calon masing-masing memperoleh undi 846; 4,018 dan 4,119.

Tiga lagi kerusi DUN utara Selangor iaitu Sungai Panjang; Batang Kali dan Jeram masih dalam proses pengiraan undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI