fbpx

PRN: Rasmi – Pas menang di Terengganu, Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pas berjaya mempertahan pentadbiran di negeri Terengganu dan Kelantan selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang akhbar ketika mengumumkan keputusan rasmi di sini malam ini.

Katanya, di Terengganu sehingga 9.45 malam, Pas berjaya memenangi 17 kerusi dari 32 kerusi yang dipertandingkan dan berjaya memperolehi majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

“Bagi Kelantan, sehingga 9.56 malam Pas telah memenangi sejumlah 23 kerusi dari 45 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya di sini malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI