SIK – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mencatatkan kemenangan bergaya sekali gus berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri dengan majoriti 16,050 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Muhammad Sanusi memperoleh sebanyak 21,823 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang mendapat sebanyak 5,773 undi.
Sementara itu, calon PN bagi DUN Belantek, Ahmad Sulaiman menang dengan majoriti 14,156 dengan jumlah undi sebanyak 17,782 undi menumpaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mazli Saipi yang mendapat sebanyak 3,626 undi. – KOSMO! ONLINE