PETALING JAYA – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid gagal merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu apabila tewas dengan pencabarnya, Mohd Radzi Md Amin dari Perikatan Nasional (PN).
Mahdzir hanya memperoleh 8,024 undi sementara Mohd Radzi mendapat 14,397.
Mohd. Rahdzi menang dengan majoriti 6,373 undi.
Terdahulu, Mahdzir bertanding di DUN Pedu yang pernah disandangnya pada 2004. – KOSMO! ONLINE