PETALING JAYA – Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin tewas dengan majoriti 58 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN), Gombak Setia.
Beliau meraih 30,241 undi manakala, calon Perikatan Nasional, Muhammad Hilman Idham yang berjaya meraih 30,299 undi.
Sementara itu, calon bebas Mohamed Salim mendapat 1,076 undi.
Sebanyak 70.35 peratus atau 61,616 pengundi daripada 88,480 pemilih layak mengundi di DUN Gombak Setia dengan undi ditolak sebanyak 297 undi. – KOSMO! ONLINE