fbpx

PRN: Rasmi – Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Said.

KEMAMAN – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang disandang selama sembilan penggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Beliau yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu tewas kepada Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris yang menang bergaya dengan majoriti 3,758 undi dalam pertembungan satu lawan satu.

Razali berjaya memperoleh sebanyak 13,403 undi, manakala Ahmad mendapat 9,645 undi.

Keputusan itu diumumkan Pengurus Pilihan Raya, Hanum Isa@Ghazali di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sivik Kijal di sini pada pukul 9.40 malam.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dalam pertembungan tiga penjuru, Ahmad menang dengan jumlah undi sebanyak 9,545.

Ahmad menyandang kerusi DUN Kijal sejak tahun 1990 selama sembilan penggal, namun pernah dikalahkan Mehamed Sulong daripada Pas pada 1999 dengan hanya 264 undian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI