fbpx

PRN: Proses undi di SK Seri Relau terhenti sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peti undi yang didakwa tidak ditutup dengan sempurna.

GEORGE TOWN – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Terubong, Andrew Ooi mendakwa sebuah peti undi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Relau tidak ditutup dengan sempurna.

Dakwanya, di ternampak peti undi itu dalam keadaan demikian ketika sedang membuat rondaan di sekolah berkenaan.

Katanya, disebabkan itu dia meminta proses mengundi di saluran berkenaan dihentikan buat sementara.

“Saya bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini disebabkan insiden berkenaan.

“Saya juga akan membuat satu laporan polis berhubung kejadian ini kira-kira pukul 2.30 petang hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI